top of page
My Pick:
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Search By Tag:
Stay In The Know:

Adakah Lidah Anda Sihat?

  • rijjsecret
  • Jul 31, 2018
  • 1 min read

​Berdiri depan cermin, buka mulut luas-luas dan tengok sama ada lidah korang dalam keadaan sihat atau tidak. Tak tahu sama ada lidah sihat atau tidak? Ini cara nak bezakan lidah yang sihat...


Warna merah strawberi

Lidah yang merah bak warna strawberi, berkilat dan halus bermaksud badan korang kekurang vitamin B12 atau zat besi. Akibatnya, lidah akan terasa sakit masa makan makanan pedas.



Warna gelap seperti coklat

Lidah yang kelihatan coklat kehitaman adalah disebabkan kebersihan lidah tidak terjaga, terutama pada perokok dan penggemar kopi. Lidah yang berwarna gelap ini akan menyebabkan nafas berbau.



Kedutan pada lidah

Bukan setakat kulit berkedut, lidah juga boleh berkedut seiring dengan usia. Lidah berkedut adalah tidak berbahaya tetapi jika tidak dijaga kebersihannya, bakteria akan membiak diantara kedutan dan boleh menyebabkan jangkitan seperti sakit gigi, nafas berbau dan kadang-kala dalam mulut terasa panas.


Benjolan putih bawah lidah

Benjolan putih ini adalah leukoplakia, iaitu pertumbuhan sel yang berlebihan. Pada peroko, kira-kira 5 hingga 17% daripada benjolan ini berpotensi berkembang menjadi kanser.



Bintik merah pada lidah

Sekiranya bintik merah pada lidah berlanjutan lebih dari 2 minggu, segera berjumpa doktor. Ia mungkin adalah gejala awal kanser lidah yang boleh terjadi pada perokok tegar atau penghidap HIV.



Lidah putih

Lidah yang berwarna putih bermaksud lidah telah dijangkiti kuman.


Adakah lidah korang dalam keadaan sihat? Pastikan korang jaga kebersihan lidah, masa berus gigi tu, berus sekali lidah korang. Jangan lupa like kalau berguna dan share supa dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai orang.


 
 
 

Comments


© 2023 by The Beauty Room. Proudly created with Wix.com

bottom of page