Saat Bertengkar dengan Pasangan, Teruskan atau Putuskan?
- rijjsecret
- Jun 9, 2018
- 1 min read

Awak dan pasangan sering bertengkar? Bukankah saat bercinta itu adalah saat paling menggembirakan? Pertengkaran antara pasangan memang perkara biasa tetapi kalau pertengkaran berlaku setiap masa itu tandanya terdapat masalah dalam perhubungan itu.
Setiap pasangan yang memutuskan untuk bersama sedar bahawa hubungan mereka pasti akan ada naik turunnya. Walaubagaimanapun, adalah tidak patut untuk menyalahkan pasangan sekiranya adan ada masalah di tempat kerja atau ada masalah dengan kekuarga.
Sebaliknya, sekiranya kamu berdepan dengan pasangan yang selalu mencetuskan pergaduhan yang disebabkan oleh masalah dia di tempat kerja, awak perlu tegur dia, tetapi tunggulah sampai kemarahan surut. Sakit hati yang dibiarkan akan menyebabkan pertengkaran yang lebih parah pada masa akan datang.
Sekiranya satu hubungan itu terlalu banyak konflik, adalah lebih baik untuk mempertimbangan semula hubungan tersebut. Jangan paksa hubungan untuk meneruskan hubungan yang tidak sihat. Kamu berhak untuk hubungan yang lebih bahagia.
コメント