top of page
My Pick:
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Search By Tag:
Stay In The Know:

5 Tips Untuk Hubungan Lebih Kekal Lama

  • rijjsecret
  • May 26, 2018
  • 1 min read

Di usia 20an, ramai yang sudah inginkan hubungan yang lebih serius, hubungan yang boleh membahagiakan. Ada banyak cara untuk mempertahankan hubungan. Bergantung bagaimana kamu mengenalpasti masalah dan cara menyelesaikannya.


Ini ialah 5 tips agar hubungan lebih kekal lama dan tidak putus di tengah jalan.


Wujudkan impian bersama

Anda dan pasangan adalah 2 orang individu yang berbeza. Perbezaan ini perlu ditangani agar tidak menjadi salah faham. Salah satu caranya adalah dengan merancang impian bersama. Terus bersama dan fokus untuk merealisasikan impian itu.


Saling memaafkan

Mungkin pasangan anda pernah melakukan perkara-perkara yang bagi kamu adalah perkara buruk pada masa lalu. Sekiranya anda ingin bahagia bersama dia, anda sepatutnya memaafkan dia dan terima dia seadanya.


Mengenali orang terdekat

Kenali keluarga atau sahabat terdekat pasangan anda.cubalah untuk berbaik dengan mereka. Anda juga perlu untuk membantu pasangan anda untuk megenali keluarga dan sahabat terdekat anda.


Berterus terang

Sekiranya mempunyai masalah, selesaikan masalah dengan cara yang lebih matang. Jelaskan kepada pasangan anda, jangan pendam apatalagi melancarkan perang dingin.


Fokus kepada kelebihan

Setiap orang ada kelemahan tetapi juga ada kelebihan. jangan gunakan ia untuk merendahkan pasangan anda. Sebaliknya, fokuslah kepada kelebihannya.


Untuk mempertahankan sesuatu perhubungan memang bukanlah sesuatu yang senang. Kami doakan hubungan korang berakhir dengan happy ending. Amin.


 
 
 

Kommentare


© 2023 by The Beauty Room. Proudly created with Wix.com

bottom of page