top of page
My Pick:
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Search By Tag:
Stay In The Know:

Lelaki Menunjukan Tabiat Ini? Lebih Baik Jauhi

  • rijjsecret
  • May 19, 2018
  • 1 min read

Untuk menemukan pasangan yang tepat, anda perlu mengetahui serba-serbi menganai pasangan anda. Salah satu yang perlu anda ketahui adalah mengenai hati-budinya, mengenai keperibadiannya. Ini adalah 5 ciri-ciri lelaki yang perlu anda jauhi.


Egoistik

Jika seseorang lelaki itu menjadikan dirinya sebagai pusat perhatian, sentiasa bercerita tentang dirinya sahaja, lelaki jenis ini adalah lebih mementingkan diri. Kamu tidak akan menjadi sebagai seseorang yang penting baginya.


Berkarima

Berhati-hati dengan lelaki yang sentiasa kelihatan baik dalam segala situasi. Jangan terlalu mudah jatuh cinta. Kenalinya dengan lebih mendalam, pastikan itu adalah dirinya sebenar dan bukan setakat topeng yang digunakan semasa berdepan dengan orang.


Janji manis

Hindari lelaki yang suka memberikan harapan palsu. Sekiranya dia beria-ia untuk mengenali dan mendekatimu kemudian menhilangkan diri atau sukar untuk dihubungi, membuatkan anda merasa tergantung, dapatkan kepastian darinya atau tinggalkan terus.


Merendahkan

Lelaki yang hanya merendah-rendahkan wanita atau menganggap wanita tidak setanding dengan lelaki tidak akan boleh menghargai dan menghormatimu, tinggalkan saja.


Manipulative

Sekiranya seseorang lelaki itu memberikan pengaruh yang baik, teruskan hubungan dengan dia. Tetapi sekiranya dia adalah jenis yang mendominasi dan membuatkan awak mematuhinya serta melakukan hal-hal yang tidak baik, jauhi lelaki seperti ini.


Mencari pasangan hidup memanglah tidak mudah, namun dengan 5 jenis lelaki ini, sekurang-kurangnya kamu akan dapat menilai lelaki yang akan lebih menyayangimu. Rijj doakan awak cepat bertemu jodoh. Amin.


 
 
 

留言


© 2023 by The Beauty Room. Proudly created with Wix.com

bottom of page