Mengapa Lelaki Memutuskan Hubungan Saat Wanita Mula Menyangi?
- rijjsecret
- Apr 25, 2018
- 1 min read

Dua atau tiga bulan pertama dalam menjalinkan hubungan adalah saat paling indah, biasanya dikenali sebagai peringkat berbulan madu. Semuanya terasa indah-indah belaka dan awak berharap hubungan tersebut akan kekal selamanya...kemudian si dia dengan tiba-tiba ingin memutuskan hubungan itu.
Situasi ini membuatkan ramai wanita berfikir apakah yang sedang terjadi. Mengapa hubungan yang begitu indah boleh berakhir dengan tiba-tiba? Ini adalah punca mengapa lelaki mengakhiri perhubungan di saat wanita sudah mula menyangi.
Tidak memenuhi ekspektasi
Selepas 90 hari, apabila hormon cinta, Dopamine sudah mula menghilang, si dia akan mula tertanya-tanya mengapa perasaan sayangnya terhadap awak sudah mula berkurang. Mengapa sudah tidak seperti kali pertama bercinta.
Tanpa berfikir dan mencari punca masalah ini, si dia memilih jalan mudah untuk memutuskan hubungan dan bersedia untuk menjalinkan hubungan baru bersama orang baru. Lelaki jenis ini hanya mengejar cinta sempurna seperti yang dia selalu bayangkan.
Tidak matang
Lelaki jenis ini tidak matang dan tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab. Dia sering menyalahkan orang lain apabila sesuatu perkara itu tidak terjadi seperti kehendaknya. Sebab itulah dia akan menyalahkan dan meninggalkan pasangannya sekiranya pasangan tidak seperti yang dia inginkan.
Perbezaan pendapat
Apabila berlaku perbezaan pendapat didalam perhubungan, sehingga menyebabkan pertengkaran isu yang sama untuk suatu sama yang agak panjang, si dia bersedia untuk memutuskan hubungan.
Contohnya seorang lelaki akan bahagia bersama pasangannya tanpa sebarang ikatan perkahwinan, manakala pasangannya pula ingin meneruskan ke alam perkahwinan. Isu ini boleh membuatkan si dia tawar hati dan bersedia untuk memutuskan hubungan.
Lelaki yang akan bertahan dengan suatu perhubungan adalah lelaki yang sanggup bertolak-ansur. Tahu membezakan saat bercinta dan bersedia untuk memulakan pengembaraan hidup bersama pasangannya. Kami doakan supaya awak cepat bertemu lelaki itu.
Comentários