Mengapa Liang Roma Semakin Membesar?
- rijjsecret
- Apr 16, 2018
- 1 min read

Seiring dengan usia, perubahan luar dan dalam akan berlaku. Kesan kulit matang seperti perubahan tekstur kulit terutama di sekeliling liang roma. Ini adalah punca mengapa saiz liang roma semakin bertambah besar.
Kebersihan
Genetik adalah punca utama liang roma besar. Selain itu, terdapat juga faktor lain seperti kebersihan. Tidak menjaga kebersihan muka dengan membiarkan minyak dan kulit mati berkumpul dan menyumbat liang roma sehingga boleh membuatkan liang roma membesar.
Jenis kulit
Kulit berminyak cenderung mempunyai liang roma yang lebih besar berbanding orang berkulit kering. Walaupun sudah menggunakan skincare yang mahal, liang roma tetap akan kelihatan besar disebabkan minyak pada kulit, semakin banyak minyak, maka semakin besar liang roma.
Makeup
Pengunaan makeup yang tetap adalah salah satu punca liang roma besar. Ini kerana makeup ini akan menyumbat pada liang roma dan menyebabkan dia membesar. Sebaiknya, bersihkan makeup menggunakan makeup remover sebelum mencuci muka dengan pencuci muka.
Umur
Semakin meningkat umur, kulit akan semakin kurang anjal disebabkan oleh sinaran UV. Disebabkan liang roma sudah tidak anjal, ini menyebabkannya kelihatan lebih besar bila berlaku penyumbatan minyak pada liang roma. Sebaiknya, gunakan sunscreen setiap hari agar kulit terlindung dari sinar UV.
Comments