top of page
My Pick:
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Search By Tag:
Stay In The Know:

Lelaki Mengalami Kerosakkan Otak Selepas Memakan Lada

  • rijjsecret
  • Apr 13, 2018
  • 1 min read

New York – Seorang lelaki berumur 34 tahun telah mengalami sakit kepala yang teruk selepas memakan lada jenis Carolina Reaper, lada terpedas di dunia semasa pertandingan memakan lada.

Lelaki tersebut mengalami sakit kepala dan leher yang teruk menyebabkan dia terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan, menurut jurnal BMJ Case Report. Semasa tiba di unit kecemasan, lelaki tersebut dalam keadaan lemah dan tidak boleh bercakap.

Imbasan CT mendapati terdapat pendarahan pada salur darah yang membekalkan darah ke otak dan 4 lagi saluran darah mengecut. Doktor mengesahkan lelaki tersebut mengalami sindrom Vasoconstriction (RCVS) yang mungkin disebabkan oleh lada.

Menurut Dr Gunasekaran, pakar neurologi, ini adalah kali pertama RCVS disebabkan oleh lada, pada kebiasaannya RCVS disebabkan oleh ubat-ubatan. Tambahnya lagi, pesakit RCVS biasanya akan pulih dengan sendirinya dalam masa 2 hingga 7 hari. Walaubagaimanapun, lelaki tersebut masih tidak pulih walaupun selepas 5 minggu.

Carolina Reaper, lada terpedas di dunia telah dihasilkan pada tahun 2013. Berdasarkan kajian, tahap kepedasan Carolina Reaper adalah bersamaan dengan 400 kali ganda tahap kepedasa lada Jalapeno.


 
 
 

Comentários


© 2023 by The Beauty Room. Proudly created with Wix.com

bottom of page