Selain boleh digunakan sebagai dry shampoo dan baking, bedak juga boleh dijadikan sebagai DIY blusher. Caranya sangat mudah. Jom baca lebih lanjut cara-caranya.
Bahan-bahan :
Air
Bedak bayi
Pewarna makanan (merah)
Bekas
Cara-cara :
Campurkan pewarna makanan ke dalam air. Kepekatan warna bergantung dari kamu. Lebihkan warna jika mahu warna terang.
Masukkan bedak sedikit demi sedikit ke dalam campuran warna dan air, sehingga campuran berubah tekstur seperti soft clay.
Isikan campuran tersebut ke dalam bekas kegemaran.
Boleh gunakan DIY blusher selepas campuran kering.
p/s : kalau inginkan warna peach, boleh campurkan sedikit warna kuning. Selamat mencuba
Comments