top of page
My Pick:
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Search By Tag:
Stay In The Know:

Wajah Glowing Tanpa Makeup

  • rijjsecret
  • Apr 2, 2018
  • 1 min read

Wajah yang segar dan glowing adalah tanda kulit yang sihat. Cara yang terpantas untuk membuatkan wajah glowing adalah dengan menggunakan makeup. Tetapi, tanpa makeup juga boleh membuatkan kulit glowing. Ini adalah 3 cara untuk membuatkan kulit glowing tanpa makeup.


Eksfoliasi

Wajah yang penuh dengan kulit mati akan kelihatan kusam dan gelap. Untuk kulit yang lebih cerah dan sihat, lakukan eksfoliasi sekurang-kurangnya sekali seminggu.


Pelembab

Kulit yang sihat adalah kulit yang terjaga kelembabannya. Wajib gunakan pelembab walaupun kulit berminyak. Bagi kulit berminyak, gunakan pelembab yang berasaskan air. Kulit yang lembab akan kelihatan gebu dan berseri.


Sunscreen

Sinaran matahari mampu merosakkan kulit. Untuk mengekalkan kulit yang cerah dan glowing, gunakan sunscreen setiap hari dan elakkan berada terlalu lama di bawah sinaran matahari.


Dengan 3 tips ini, kulit boleh menjadi cerah dan glowing. Sila share sekiranya berguna agar dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai orang.


 
 
 

Comments


© 2023 by The Beauty Room. Proudly created with Wix.com

bottom of page