top of page
My Pick:
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Search By Tag:
Stay In The Know:

Jangan Pakai Pakaian Ini Ke Majlis Perkahwinan

  • rijjsecret
  • Mar 30, 2018
  • 1 min read

Pemilihan baju untuk majlis kahwin boleh menjadi agak sukar untuk sesetengah orang. Pakaian yang dikenakan mungkin kurang selesa atau agak tidak sesuai dipakai ke majlis kahwin. Agar anda boleh terhindar dari melakukan kesalahan dalam pemilihan pakai ke majlis kahwin, jom semak tips pemakaian ini.


Serba putih

Memakai pakaian yang serba putih adalah sesuatu yang paling wajib anda tidak lakukan semasa menghadiri majlis perkahwinan. Ini kerana anda akan terlihat ingin menandingi raja sehari pada masa itu. Kalau anda peminat warna putih, pastikan anda mencampurkan dengan warna lain dan tidak menggunakan pakaian yang serba putih.


Terlalu kasual

Walaupun majlis perkahwinan yang akan anda hadiri itu bersifat kasual, tetapi anda juga harus memastikan tidak memakai pakaian yang terlalu kasual seperti seluar jeans dan kemeja. Ini akan membuatkan anda seakan-akan tidak menghormati majlis perkahwinan tersebut. Kalau ingin kelihatan lebih formal, jangan sampai anda menggunakan pakaian pejabat pulak.


Animal print

Buat peminat animal print, wajib hindarkan penggunaan pakaian jenis ini ke majlis perkahwinan. Ini akan membuatkan kamu terlalu mencolok mata, agak seksi dan kelihatan agak berlebihan sehingga membuatkan anda kelihatan kurang menarik.


Warna neon

Walaupun tidak disarankan menggunakan warna gelap ke majlis perkahwinan, tidak bererti anda perlu menggunakan warna neon yang terang sehingga membuatkan anda menjadi tersangat menyerlah. Sebaiknya, gunakan pakaian yang berwarna natural sehingga boleh membuatkan anda kelihatan lebih stylish.


Dengan tips-tips ini, diharap pemilihan pakaian ke majlis kahwin akan menjadi lebih mudah dan anda tidak akan menjadi pusat tumpuan yang tidak sepatutnya. Jangan lupa share sekiranya berguna, agar dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai orang.


 
 
 

Comentarios


© 2023 by The Beauty Room. Proudly created with Wix.com

bottom of page