top of page
My Pick:
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Search By Tag:
Stay In The Know:

4 Tanda Hubungan Bahagia

  • rijjsecret
  • Mar 30, 2018
  • 1 min read

Apa yang anda rasa saat bersama dengan pasangan? Adakah sangat menenangkan? Rasa sangat menyayangi dia walaupun dia ada kekurangan? Adakah anda rasa bahagia?


Ramai yang berpendapat, hubungan yang dilimpahi dengan kemewahan adalah hubungan yang bahagia, tetapi benarkah? Ada beberapa perkara yang menjadi ciri-ciri hubungan bahagia. Apakah tanda-tandanya? Jom baca lebih lanjut.


Rasa percaya yang kuat

Apabila awak dan pasangan saling mempercayai, itu adalah tanda paling utama dalam hubungan yang bahagia. Ini kerana awak dan pasangan awak sudah boleh saling menerima segala kebaikan dan kelemahan masing-masing.


Komunikasi yang baik

Awak boleh menyuarakan pendapat atau segala masalah kepada pasangan awak dan pasangan awak akan mendengar atau memberikan pendapatnya tanpa perlu ada pergaduhan. Dia boleh merima teguran dan pendapatmu kerana awak lebih penting berbanding egonya.


Boleh menjadi diri sendiri

Awak tetap boleh menjadi diri sendiri saat bersama si dia. Sekiranya awak tidak boleh menjadi diri sendiri di hadapannya, ini akan membuatkan awak penat dengan hubungan itu dan si dia juga mungkin akan marah sekiranya terlihat dirimu yang sebenar kerana merasa tertipu.


Kemesraan media sosial

Kemesraanmu dengan si dia akan sesuatu yang nyata, bukan sekata di media sosial. Dan bagi kamu, tidak perlu untuk menunjuk-nunjukan kebahagiaan kepada orang lain, cukuplah sekadar kamu tahu yang kamu bahagia.


Jelaslah bahawa hubungan yang bahagia adalah gabungan asas seperti kepercayaan dan komunikasi dalam membentu komitmen yang baik dan bukannya hubungan yang dilimpahi kemewahan. Betullah kata pepatah duit tidak boleh membeli kebahagiaan.


 
 
 

Comments


© 2023 by The Beauty Room. Proudly created with Wix.com

bottom of page