Masalah Kulit Yang Paling Kerap Dihidapi Wnita
- rijjsecret
- Mar 28, 2018
- 1 min read

Muka merupakan suatu aset kepada setiap wanita, tidak hairanlah kalau mereka menghabiskan banyak duit untuk melakukan rawatan muka. Ini adalah 4 jenis masalah kulit yang paling selalu dihidapi oleh kebanyakan wanita.
Jerawat
Jerawat merupakan masalah kulit yang paling biasa terjadi di kalangan wanita. Jerawat boleh timbul disebabkan oleh pelbagai faktor seperti tidak membersihkan muka selepas bersukan, tidak sesuai dengan suatu produk dan perubahan hormon. Blackhead juga merupakan salah satu jenis jerawat.
Iritasi
Iritasi pada kulit boleh berlaku disebabkan beberapa punca, seperti penggunaan skincare yang mengandungi pewangi, penggunaan produk yang sudah tamat tempoh atau terlalu kasar semasa scrubing muka. Cara mengelakkan iritasi adalah dengan mengenali kulit anda dan lebih teliti dalam pemilihan produk.
Kulit kusam
Kulit kusam biasa terjadi kerana pengumpulan kulit mati sehingga membuatkan wajah kelihatan lebih gelap. Cara untuk mengatasi masalah kulit kusam adalah dengan melakukan eksfoliasi paling kurang seminggu sekali.
Jeragat
Jeragat atau flek hitam biasanya muncul akibat kerap terdedah kepada sinaran matahari. Mencegah jeragat adalah penting kerana ia mengambil masa yang lama untuk pulih. Cara untuk mencegah jeragat adalah dengan menggunakan sunblock setiap hari sebelum memulakan aktiviti harian anda.
Adakah awak ada masalah kulit di atas? Atau awak jenis yang bertuah, langsung tidak ada masalah kulit?
Kommentare