AWAS! Kerajaan Korea Menarik Balik 13 Kosmetik Kerana Mengandungi Bahan Berbahaya
- rijjsecret
- Mar 27, 2018
- 1 min read

Pada 19 Mac lalu, Jabatan Ubat dan Makanan Korea mengeluarkan arahan untuk menarik balik 13 produk yang dikeluarkan oleh Amorepacific dan dikilangkan oleh Hwasung Cosmetik. Ini kerana 13 produk ini mengandungi lebih dari 10㎍/g antimony dalam setiap produk. Antimony adalah logam berat yang toksik dan boleh menyebabkan keradangan paru-paru.
8 syarikat yang terlibat adalah Aritaum, Etude House, Makeheal, XTM Style Homme, Black Monster, SKEDA, Skinfood dan 3CE.
“Kami memohon maaf di atas insiden tersebut. Kami akan lebih berhati-hati dalam menjaga kualiti produk kami kelak. Kepada pelanggan yang telah membeli produk terlibat boleh mendapatkan ganti-rugi di premis Aritaum atau Etude House.”
Amorepacific berjanji akan lebih menitik-beratkan kualiti produk mereka pada masa akan datang dan Amorepacific tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas Hwasung Cosmetic.
Berikut adalah 13 produk yang ditarik balik :
Aritaum
Full Cover Stick Concealer 2g (#01 LightBeige & #02 Natural Beige)
Full Cover Cream Concealer 2.5g (#01 Light Beige & Natural Beige & #02 Olive Green & Pink)


Etude House
AC Clean-Up Mild Concealer Drawing Eyebrow Duo (#03 Gray Brown)


XTM Style Homme For Men Easy Stick Concealer 2.2g

Black Monster
Black Erasing Pen 2.2g Men Face Concealer

SKEDA
Homme Spot Concealer

Skinfood
Cherry Full Lip Liner (Rose Cherry)

3CE
Eyebrow Pencil (Chestnut Brown)

Makeheal
Naked Slip Brow Pencil BR0203 Naked Slip Brow Pencil YL0801

Ini bukanlah insiden yang pertama bagi Amorepasific. Pada tahun 2016, KFDA mengarah untuk menarik balik 11 ubat gigi keluarkan syarikat tersebut selepas didapati mengandungi bahan toksik .
Comments