Pada Usia Berapakah Seseorang Sepatutnya Bertemu Jodoh?
- rijjsecret
- Mar 23, 2018
- 1 min read

Kalau bercerita tentang jodoh, setiap orang mempunyai kisah yang berlainan bagaimana berjumpa dengan jodohnya. Masing-masing memiliki kisah istimewa yang tersendiri. Tapi pernahkah anda terfikir, pada usia berapakah seseorang itu sepatutnya bertemu dengan jodohnya?
Berdasarkan sebuah kajian yang di lakukan oleh Match.com dengan menemuramah lebih dari 2000 lelaki dan wanita dan menemukan paten yang menarik. Hasil daripada kajian tersebut, rata-rata wanita akan bertemu jodoh pada umur 25 hingga 27, manakala lelaki pada umur 28.
Menurut kajian tersebut lagi, kebanyakan pasangan tersebut akan melanjutkan hubungan ke jinjang pelamin selepas 5 bulan menjalinkan hubungan.
Buat kamu yang masih belum bertemu jodoh pada usia seperti dinyatakan di atas, jangan bersedih. Tetaplah menjalani hidupmu seperti biasa. Yakin saja bahawa jodohmu pasti akan datang tanpa diduga, apabila awak sudah bersedia.
Comments