top of page
My Pick:
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Search By Tag:
Stay In The Know:

Annabelle Dengan Beg Pink Impiannya

  • rijjsecret
  • Mar 22, 2018
  • 2 min read

Sebut sahaja pasal Annabelle, semua orang akan seram sejuk teringat patung yang menyeramkan. Berbeza dengan seorag kanak-kanak berumur 7 tahun, Rosabelle atau nama manjanya Bell dengan senang hati ingin menjadi watak patung menyeramkan itu.


Mungkin bagi kamu apalah yang special sangat dengan budak-budak ingin membawa watak Annabelle? Korang akan terharu dengan kisah Bell, sebab di sebalik mengapa dia ingin menjadi Annabelle.

Ini adalah kisah mengenai Bell yang dimuat naik di status FB ibunya, Stacy. Disebabkan muatan buku yang sangat berat, beg sekolah Bell telah koyak walaupun persekolahan baru bermula 2 bulan. Akibat selalu diejek oleh kawan sekolah, Bell terpaksa mendapatkan beg baru.


Dijadikan cerita, semasa mencari beg baru, Bell terjumpa satu beg sekolah pink beroda. Bell menjadi sangat teruja kerana sudah menemui beg idamannya. Walaubagaimanapun, ibu Bell tidak dapat menbelikan beg tersebut kerana harganya agak mahal iaitu RM 159.90.


Selepas pulang ke rumah, Bell masih bercerita pasal beg tersebut. Ibu Bell yang kasihan dengan anaknya berjanji akan membelikan beg tersebut selepas ayah Bell gaji. Tapi jawapan Bell selepas itu sangat mengejutkan ibunya.


“Mum, boleh tak Bell jadi Annabelle? Mana tahu dapat kumpul duit untuk beli beg pink tu.”

Stacy kehilangan kata-kata, terkejut dan terharu dengan permintaan anaknya. Stacy kemudiannya bersetuju dan kemudiannya menyiapkan Bell agar kelihatan seperti Annabelle. Sesi bergambar dengan Bell yang membawa watak Annabelle di diadakan di Politeknik Kota Kinabalu pada 17 hingga 23 Mac 2018 dengan bayaran RM2 bagi setiap gambar yang di ambil.

​Usaha Bell mendapat sambutan hangat, pada hari pertama sahaja dia sudah berjaya mengumpulkan separuh daripada harga beg tersebut. Akhirnya bukan saja hasrat Bell untuk mendapatkan beg impiannya sudah tercapai malahan, dia mendapat diskaun dan hanya membayar RM140.


Post ibu Bell mendapat respon positif daripada netizen dengan 5 ribu lebih like dan 3ribu lebih share. Tahniah adik Bell sebab sudah dapat beg impian. Terima kasih juga kepada netizen yang menyokong Bell.


 
 
 

Comments


© 2023 by The Beauty Room. Proudly created with Wix.com

bottom of page