top of page
My Pick:
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Search By Tag:
Stay In The Know:

3 Tips Berguna Semasa Shopping Kosmetik

  • rijjsecret
  • Mar 20, 2018
  • 1 min read

Membeli makeup bukan sekadar melihat harganya sahaja, ada beberapa faktor lain yang perlu anda ketahui sebelum membeli suatu kosmetik. Ini adalah tips untuk membeli kosmetik agar anda tidak rugi. Jom baca lebih lanjut.


Review

Berkat kemudahan internat, review sesuatu produk kini lebih senang untuk didapati sama ada dari instagram, blog atau youtube. Jadi jangan sia-siakan kesempatan ini. Terutama foundation atau BB cream, kamu boleh baca review terlebih dahulu sama ada produk tersebut sesuai untuk kulit warna kamu atau tidak.


Sampel

Mungkin foundation yang kamu suka mendapat review yang bagus dari beauty guru tapi kamu masih ingin cuba sendiri sama ada ia betul-betul sesuai untuk kamu, kamu boleh dapatkan sampel terlebih dahulu. Salah satu cara untuk mendapatkan sampel adalah dengan cara datang terus ke kedai kosmetik tersebut. Salah satu kedai kosmetik yang menyediakan smpel adalah Sephora.


Dupe

Dupe di sini bukanlah kosmetik tiruan kepada kosmetik asal yang dijual pasar malam. Dupe yang dimaksudkan adalah makeup original yang kateristiknya hampir sama dengan kosmetik branded. Kosmetik dupe ini lebih rendah harganya. Lipstik contohnya, walaupun lipstik dupe tidak sama dengan warna lipstik yang kamu mahu, tapi ia menghampiri warna tersebut dan harganya juga lebih murah.


Membeli barangan kosmetik terutama yang sedang in trend sekarang memang sangat menyeronokkan. Walaubagaimanapun, pastikan kosmetik yang kamu beli adalah sesuai dengan kulit kamu. Membazir sangat kalau setakat membeli sebab trend tapi akhirnya disimpan sahaja dalam laci sampi expired.


 
 
 

Comments


© 2023 by The Beauty Room. Proudly created with Wix.com

bottom of page