top of page
My Pick:
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Search By Tag:
Stay In The Know:

Pelembab Termahal Didunia

  • rijjsecret
  • Mar 16, 2018
  • 1 min read

Penggunaan pelembab adalah satu rutin harian. Oleh sebab pelembab adalah skaincare asas yang digunakan setiap hari, maka harganya biasa adalah harga mampu milik. Walaubagaimanapun, terdapat juga pelembab dangan harga yang boleh membuatkan anda terkesima. Ini adalah 5 pelembab dengan harga yang paling mahal di dunia.

Clé de Peau Beauté La Crème Special Packaging (Lebih kurang RM51,500)

Krim muka dari Clé de Peau tidak hanya berfungsi sebagai pelembab, tetapi juga mampu melambatkan penuaan. Manakala bekas krim ini pula diperbuat daripda lapisan berlian dan 3 cicin platinum pada bahagian atas bekas.

Orogold 24K Cleopatra Nano Regimen (Lebih kurang RM31,200)

Orogold 24 Cleopatra Nano Regimen terdiri daripada 3 produk iaitu, 24K Cleopatra Slk Cream, 24K Cleopatra Nano Serum dan 24K Cleopatra Gold Sheet. Ketiga-tiga produk ini mempunyai fungsi yang berlainan.


Silk cream berfungdi untuk membuatkan wajahmu kelihatan flawless dan awet muda. Serum berfungsi untuk menghilangkan garis halus. Gold Sheet pula berfungsi untuk membuatkan wajah glowing.

Crème de la Mer La Mer Moisturizing Cream (Lebih Kurang 8,000)

Walaupun harganya agak mahal, tapi krim ini datang dengan 500ml isi kandungan. Selain dapat melembabkan kulit, krim ini juga mengatakan ia mampu menegangkan kulit.


Estée Lauder Re-Nutriv Ultimate Lifting Creme Large Size (Lebih kurang RM4,800)

Merupakan krim edisi khas Estée Lauder Re-Nutriv Ultimate Lifting Crème. Krim ini bukan saja boleh melembabkan kulit, mala boleh menghilangkan jeragat.


Guerlain Orchidée Impériale Black Cream (Lebih kurang RM4,300)

Mempunyai bekas yang sophisticated dengan warna kehitaman. Krim ini dikatakan mampu menegangkan kulit dan boleh membuatkan muka glowing.


Krim-krim yang mahal ini bukan saja boleh melembabkan muka, malahan boleh membuatkan kulit awet muda. Antara 5 krim ini, adakah yang kamu berminat untuk cuba?


 
 
 

Comentários


© 2023 by The Beauty Room. Proudly created with Wix.com

bottom of page