Adakah Produk Anda Selamat Digunakan?
- rijjsecret
- Mar 12, 2018
- 2 min read

Losyen pemutih adalah salah satu produk yang paling laris dipasaran. Orang ramai memilih untuk menggunakan produk pemutih kerana harganya yang murah dan memberikan kesan pemutih yang cepat. Namun, kesan penggunaan produk pemutih ini bukan saja boleh memutihkan dengan cepat tapi juga boleh membahayakan kesihatan dan juga boleh menyebabkan kematian. Ini adalah cara-cara untuk mengenali produk losyen pemutih yang mengandungi bahan berbahaya.
Ciri-ciri losyen pemutih berbahaya
1. Kesan yang sangat cepat
Kesan yang dapat dilihat dengan hanya satu atau dua penggunaan. Hindari produk seperti ini kerana ia mungkin mengandungi merkuri atau hidrokuinon.
2. Warna kulit cenderung pucat
Produk yang mengandungi bahaya berbahaya akan menyebabkan kulit
berwarna putih dan kelihatan pucat.
3. Kesan sementara
Kulit akan kembali gelap selepas penggunaan produk pemutih diberhentikan.
4. Kulit kemerahan jika terkena sinaran matahari
Pemakaian produk mengandungi bahan berbahaya akan merosakkan lapisan luar kulit, menyebabkan kulit menjadi cepat merah.
5. Losyen terasa panas dan pedih
Ini menandakan bahan kimia dalam produk tersebut tidak sesuai dengan kulit anda.
6. Bau yang kuat
Produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya akan mempunyai bau logam yang kuat. Pewangi yang kuat akan ditambah ke dalam produk bagi menghilangkan bau logam tersebut.
Kenali bahan kimia berbahaya pada produk pemutih anda. Ini adalah antara bahan yang biasa terdapat dalam produk pemutih berbahaya :
Hidrokuinon (Hydrouinone)
Hidrokuinon digunakan untuk menghalang penghasilan melanin sehingga kulit kelihatan lebih cerah dan putih. Dos Hidrokuinon yang tinggi dan digunakan dalam janka masa panjang akan menyebabkan kegagalan fungsi hati dan ginjal serta kanser darah.
Merkuri
Merkuri pada produk pemutih berupaya menyamarkan flek, tetapi apabila dihentikan penggunaannya, flek akan kembali, malahan lebih teruk.
Merkuri adalah logam berat yang beracun. Walaupun digunakan pada dos yang rendeh, kesan sampingan tetap akan wujud. Kesan jangka pendek penggunaan merkuri adalah iritasi kulit, mual, muntah-muntah dan cirit-birit. Manakala kesan jangka panjang adalah kerosakan saraf dan ginjal, kanser, Alzheimer, Parkinson dan gangguan perkembangan janin.
Jika anda mengesaki produk yang anda gunakan menunjukkan ciri-ciri mengandungi bahan kimia berbahaya, hentikan pengguna produk dengan segera. Sila share sekiranya bermanfaat.
Comments