Dipulau Sebab Bau Badan? Atasi Dengan Cara Ini
- rijjsecret
- Mar 7, 2018
- 1 min read

Bau badan bukan saja membuatkanmu tidak selesa malahan boleh membuatkan orang lain menjauh darimu. Ini adalah tips untuk menghilangkan bau badan agar ia tidak mengganggu aktiviti harianmu.
Mandi dengan Betul
Ramai yang salah sangka bahawa dengan mandi, bau badan akan hilang. Walaupun mandi sebanyak mana tetapi kalau caranya salah, bau badan tetap tidak akan hilang. Cara mandi yang betul adalah dengan menggosok dengan lembut seluruh badan terutama bahagian lipatan. Selepas mandi, pastikan badan dilap kering sebelum memakai baju.
Pakai deodorant
Selain mandi dengan betul, penggunaan deodorant juga boleh menghilangkan bau badan. Deodorant yang mengandungi antiperspirant boleh mengurangkan penghasilan peluh sekali gus membunuh bakteria yang menyebabkan bau badan.
Makanan
Bau badan juga berpunca daripada pemakanan. Daging merah mengambil masa yang agak panjang untuk dicerna oleh perut. Daging yang berada lama dalam perut akan mengeluarkan bau. Bau ini akan dikeluarkan melalui liang roma, kencing dan kentut.
Lakukan ketiga-ketiga tips ini dan bau badan kamu pasti akan berkurang. Jangan lupa share kalau bermanfaat.
Comments