top of page
My Pick:
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Search By Tag:
Stay In The Know:

Rutin Awet Muda Yang Percuma dan Senang

  • rijjsecret
  • Mar 6, 2018
  • 1 min read

Rutin pagi yang boleh membuatkan kamu awet muda. Jom semak apakah rutin yang boleh membuatkanmu tampil lebih mudah dari usiamu.

Regangan

Tidur membuatkanmu berada dalam satu posisi untuk suatu jangka masa panjang. Dengan melakukan regangan, bukan saja dapat melentur otot yang kaku sepanjang malam, tapi juga boleh menegangkan muka.

Regangan boleh dilakukan dengan meregangkan leher ke arah hadapan, kemudian belakang dan kiri kanan. Angkat tangan ke atas, kemudian lentokkan tubuh kearah kiri dan kanan. Senangkan? Pastikan kamu lakukan dalam keadaan berdiri.

Air Lemon

Jika kamu mempunyai kebiasaan meminum kopi dan teh pada setiap pagi. Ubah kebiasaanmu dengan meminum air lemon setiap pagi. Selain dapat membuang toksin, lemon juga kaya dengan Vitamin C yang baik untuk kulit.

Cara penyediaan air lemon adalah cukup mudah. Kamu Cuma perlu sediakan 1 gelas air suam dan tambahkan 1 sudu air lemon, gaul hingga sebati dan boleh terus minum.

Senyum

Siapa sangkah dengan hanya senyuman sudah boleh buatkan kamu awet muda. Senyuman boleh membuatkanmu awet muda kerana boleh membuatkan kulitmu tegang. Dengan senyuman, aura positif akan terhasil. Aura ini akan membuatkan tubuhmu sihat dan kelihatan lebih muda dari usia.

Berjemur

Adalah baik untuk berjemur di bawah sinaran matahari kerana Vitamin D daripada sinaran matahari boleh menegangkan kulit. Sinaran matahari yang dimaksudkan adalah sinaran pada waktu pagi dan bukan pada waktu matahari terik. Berjemur selama 5 hingga 10 minit pada setiap jam 6.30pagi akan membuatkanmu kelihatan 1 hingga 5 tahun lebih muda dari umurmu.

Semua rutin pagi ini adalah sangat mudah dan percuma, kecuali lemon, namun harga lemon juga tidak semahal harga produk anti aging. Jadi jom mulakan hari ini. Jangan lupa share kalau bermanfaat.


 
 
 

Comments


© 2023 by The Beauty Room. Proudly created with Wix.com

bottom of page