top of page
My Pick:
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Search By Tag:
Stay In The Know:

4 Cara Mudah Untuk Menghilangkan Blackhead

  • rijjsecret
  • Feb 28, 2018
  • 1 min read

Jerawat bukan hanya benjolan merah, blackhead juga merupakan sejenis jerawat. Blackhead terjadi disebabkan minyak berlebihan menyumbat liang roma. Selain menyakitkan, blackhead yang dikeluarkan secara paksa akan menyebabkan kulit terluka. Berikut adalah cara yang lebih mudah untuk menghilangkan blackhead. Jom baca lebih lanjut.


Wap panas

Wapkan muka selama 10 minit agar pori-pori wajah terbuka. Ini akan membuatkan blackhead timbul dan lebih mudah untuk dihilangkan. Basuh muka menggunakan air sejuk untuk menutup semula liang roma.


Lemon

Basuh muka menggunakan air suam, kemudian sapukan lemon pada bahagian berjerawat selamat 3 hingga 4 minit. Kemudian bilas dengan air sejuk. Lakukan 3 kali seminggu.


Aloe vera

Aloe vera juga boleh digunakan untuk menghilangkan blackhead. Sapukan aloe vera pada wajah selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bersihkan dengan air sejuk. Aloe vera bukan sahaja mampu menghilangkan blackhead, malahan dapat menyegarkan kulit.


Putih telur

Gaul putih telur sehingga berbuih, kemudian sapukan pada wajah. Tutup bahagian yang disapu putih telur dengan tisu dan tunggu sehingga kering. Tanggalkan tisu yang telah kering secara perlahan-lahan. Blackhead akan melekat pada tisu dan membuatkan liang roma lebih bersih.


Ok guys, selamat mencuba.


 
 
 

Comments


© 2023 by The Beauty Room. Proudly created with Wix.com

bottom of page