Bad Skin Day? Lakukan Ini...
- rijjsecret
- Feb 23, 2018
- 1 min read

Bukan rambut saja ada bad day, muka pun boleh mengalami bad day! Ada tak pengalaman lepas bangun dari tidur perasan kulit lebih kusam, atau ada jerawat baru, atau bawah mata lebih gelap? Kalau ada, jangan panik, we got you cover girls, lakukan tips-tips ini. Jom baca lebih lanjut.
Kulit kusam
Adakah kamu merasa kulit kamu lebih kusam selepas seharian berpanas? Jangan risau, ini boleh diatasi dengan menggunakan foundation yang dewy finish. Foundation ini akan memberikan effect wajah yang lebih glowing. Dan fresh.
Kulit super kering
Kulit yang kering akan membuatkan kulit kelihatan kusam dan bersisik. Untuk mengatasi masalah ini, campurkan pelembap dengan sedikit facial oil untuk menambah kelembapan. Selain itu, trick ini juga akan membuatkan wajahmu glowing dan nampak lebih sihat.
Jerawat
Masalah yang paling tidak dapat diramal. Sekiranya tiba-tiba muka tumbuh jerawat, jangan panik kerana jerawat boleh disamarkan dengan concealer hijau. Concealer akan membuatkan jerawat kelihatan tidak terlalu merah.
Mata panda
Gunakan concealer peach untuk menyamarkan lingkaran gelap bawah mata. Sesuai untuk kamu yang tidak cukup tidur, dengan concealer peach, kamu akan kelihatan lebih segar.
Jika semua tips ini tidak berjaya, gunakan cara terakhir, lipstik merah. Trick ini cukup berkesan untuk mengalihkan perhatian untuk fokum kepada bibirmu. Ini akan membuatkan orang tidak akan memerhatikan bahagian wajahmu yang lain, sehingga mereka tidak sedar yang kamu sedanga mengalami bad day skin. Jangan lupa share kalau tips ini berguna.
Comments