top of page
My Pick:
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Search By Tag:
Stay In The Know:

Hindarkan Kebiasaan Ini Untuk Kulit Lebih Halus

  • rijjsecret
  • Feb 20, 2018
  • 1 min read

Kulit yang halus mulus tidak semestinya diperolehi daripada rawatan wajah yang mahal. Ada faktor lain yang mempengaruhi wajah yang mulus, salah satu faktor adalah kebiasaan yang sering kita lakukan dalam sehari-hari. Ini adalah beberapa kebiasaan yang perlu dihindarkan agar wajah lebih halus mulus, jom baca lebih lanjut.


Eksfoliasi

Eksfoliasi dilakukan untuk membuang kulit mati. Eksfoliasi biasanya dilakukan dengan menggunakan scrub. Namun, penggunaan scrub yang sering dilakukan akan merosakan muka. Lakukan scrub sekadar 2 kali seminggu.


Air suam

Berendam air suam terutamanya selepas seharian penat dengan aktiviti yang padat adalah sangat menyegarkan. Namun terlalu berendam air suam adalah tidak baik untuk kulit. Air suam membuatkan lapisan lipid, iaitu lapisan pengikat sel kulit menjadi terhakis. Ini akan membuatkan kulit menjadi kering kerana fungsi lapisan lipid adalah menjaga kelembapan kulit.


Kenyit Mata

Sering mengenyit mata akan membuatkan garis-garis halus muncul pada pada sekitar mata. Jika anda sering mengenyit mata, segeralah melakukan pemeriksaan mata kerana mata yang sihat membolehkan anda melihat dengan jelas tanpa perlu mengenyit mata.


Posisi tidur mengiring

Semasa tidur dengan posisi mengiring, mata akan cenderung untuk menjadi bengkak. Wajah juga akan muncul garis-garis halus. Untuk mengelakan kedutan pada wajah, gunakan sarung bantal sutera dan tidur dengan posisi menegak.

Hindarkan 4 kebiasaan ini dan anda akan Nampak perubahan pada wajah anda.


 
 
 

Comentários


© 2023 by The Beauty Room. Proudly created with Wix.com

bottom of page