top of page
My Pick:
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Search By Tag:
Stay In The Know:

3 Tips Merawat Kulit Bagi Penggemar Senaman Outdoor

  • rijjsecret
  • Feb 19, 2018
  • 1 min read

Memiliki tubuh yang sihat adakah idaman setiap orang. Tetapi sayangnya, aktiviti yang padat menyebabkan lebih ramai yang memilih untuk melakukan senaman outdoor seperti berjogging selepas balik kerja berbanding bersenam di gym.


Tetapi bersenam outdoor boleh mendatangkan keburukan kepada kulit. Atas sebab ini, ramai juga yang memilih untuk tidak melakukan senaman langsung. Jangan risau, ini adalah tip untuk merawat kulit sebelum dan selepas bersenam outdoor. Jom baca lebih lanjut.


Sunscreen

Wajib guna! Kulit yang terdedah kepada sinaran matahari boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit seperti jeragat dan kanser kulit. Oleh sebab itu, adalah perlu untuk menggunakan sunscreen bukan sahaja pada muka malahan badan agar tidak terdedah kepada sinaran matahari.


Gunakan sunscreen yang mempunyai sekurang-kurangnya SPF 25. Selain itu, gunakan juga sunscreen yang sesuai dengan jenis kulitmu.


Pelembap

Semasa bersenam, badan akan kehilangan air, kulit yang kering akan menyebabkan timbulnya kedutan. Untuk mengelakkan ini, adalah perlu untuk menjaga kelembapan kulit dengan menggunakan pelembap. Selain itu, meminum banyak air juga adalah perlu bagi menggantikan air yang hilang semasa bersenam.


Wet tissue

Semasa melakukan senaman outdoor, kamu akan tidak dapat lari dari debu dan kotoran. Membersihkan kulit selepas bersenam adalah perlu kerana ini boleh menyebabkan kulit kelihatan kusam. Sebagai quick fix, gunakan wet tissue untuk mengelap wajahmu. Jangan lupa mandi selepas sampai rumah, peluh yang dibiarkan terlalu lama pada badan boleh menyebabkan jerawat.


Selamat bersenam.


 
 
 

Comentarios


© 2023 by The Beauty Room. Proudly created with Wix.com

bottom of page