Adakah Anda Menggunakan Skincare Dengan Turutan Yang Betul?
- rijjsecret
- Feb 14, 2018
- 1 min read

Skincare pagi adalah penting kerana ia akan menjaga kulitmu yang sepanjang hari terdedah dengan radiasi bebas dan sinaran UV. Tapi semua skincare itu tidak akan mendatangkan kesan yang baik kalau salah urutan penggunaannya. Jom semak adakah kamu menggunakan skincare dengan urutan yang betul.
Pencuci muka
Mulakan ritual perawatan pagimu dengan membersihkan wajah. Selepas bangun dari tidur, muka akan dipenuhi dengan sel kulit mati hasil dari proses pembaharuan sel. Sebab itulah wajib membersihkan wajah terlebih dahulu sebelum memulakan mornig skincare.
Toner
Gunakan toner selepas mencuci muka. Toner memberikan banyak manfaat kepada kulit seperti membersihkan sisa kotoran dan mengegarkan muka.
Pelembap
Gunakan pelembap untuk kulit kekal awet muda. Selain itu, pelembap juga akan membuatkan kulit lebih lembut dan anjal. Sunscreen
Sinaran UV mampu merosakkan kulit. Sebab itu wajib untuk gunakan sunscreen. Sunscreen dengan SPF 25 sudah cukup untuk melindungi kulitmu, walaubagaimanapun, pemilihan sunscreen juga bergantung dengan jenis aktivitimu.
Lip Balm
Selain muka, kesihatan bibir juga perlu dijaga. Gunakan lip balm setiap pagi untuk menjaga kelembapan bibirmu. Sebaiknya gunakan lip balm yang mempunyai SPF untuk mengelakkan bibir menjadi gelap.
Adakah kamu menggunakan skincare mengikut turutan yang betul. Tahniah jika ya. Jangan lupa share agar rakan dan keluargamu juga menggunakan skincare dengan turutan yang betul.
Comentarios