top of page
My Pick:
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Search By Tag:
Stay In The Know:

Panduan Membeli Sunscreen

  • rijjsecret
  • Feb 13, 2018
  • 1 min read

Tidak tahu harus gunakan produk pelindung sinar UV yang mana satu? Agar tidak tersalah pilih, jom kenali dulu lebih lanjut mengenai SPF.


Ultraviolet

Sinaran ultraviolet adalah dipancarkan daripada matahari dan mampu mempengaruhi kulit manusia. Sinaran ultraviolet terbahagi kepada tiga iaitu, UVA, UVB dan UVC. Diantara ketiga-tiga ini, UVC adalah yang paling bahaya, walaubagaimanapun, sinaran ini tidak sampai ke permukaan bumi. UVB akan menyebabkan kulit terbakar, manakala UVA akan menyebabkan tanda-tanda penuaan pada kulit.


Sun Protection Factor (SPF)

SPF adalah pengukur tahap perlindungan sesuatu produk terhadap sinaran UV. Berikut adalah maksud disebalik angka SPF :

  • SPF 15 melindungi dari 93% radiasi UVB

  • SPF 30 melindungi dari 97% radiasi UVB

  • SPF 50 melindungi dari 98% radiasi UVB

Tunggu!

Jangan terus beli SPF yang paling rendah. SPF yang lebih tinggi akan memberikan perlindungan yang lebih baik terutama bagi kamu yang selalu terdedah kepada matahari.


Lakukan ini

Untuk memdapatkan perlindungan maksimum daripada sunscreen, pastikan kamu :

  • Ulangi penggunaan sunscreen selepas 2 jam

  • Gunakan sunscreen khas untuk peluh sekiranya kamu melakukan aktiviti bersukan atau nerenang

Okay guys, semoga korang tidak pening nak guna SPF yang berapa. Jangan lupa share agar dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai orang.


 
 
 

Comments


© 2023 by The Beauty Room. Proudly created with Wix.com

bottom of page