Cara Menghadapi Tekanan Hidup Di Bandar Agar Sentiasa Cantik & Sihat
- rijjsecret
- Feb 12, 2018
- 1 min read

Kehidupan di bandar yang serba serbi sibuk, kalau tidak diurus dengan baik boleh menyebabkan stress. Tapi relax je guys, kami ada caranya untuk melalui hari-hari sibuk di bandar tanpa kamu berasa stress.
Kesesakan lalu lintas
Kesesakan lalu lintas memang sudah cukup sinonim dengan kehidupan di bandar. Semakin padat penduduknya, maka semakin sesaklah lalu lintas bandar tersebut.
Untuk mengelakkan masalah ini, kamu dinasihatan agar jalan lebih awal pada waktu pagi. Manakala pada waktu petang, kamu boleh sediakan snack kegemaran atau minuman kegemaran kamu untuk mengurangkan tahap stress.
Pengangkutan Awam
Bagi yang selalu menaiki pengangkutan awam, situasi berebut tempat duduk memang tidak asing lagi. Situasi ini memang tidap dapt dielakkan. Apa yang boleh kamu lakukan adalah mengawal emosimu agar tidak stress.
Macam mana untuk mengawal emosi? Kamu disarankan minum segelas teh pada suam sebelum kamu meninggalkan rumah. Teh ini akan dapat menenangkan emosimu. Selain itu, kamu juga boleh mendengar lalu kegemaranmu semasa dalam pengangkutan awam. Tapi hati-hati guys, jangan sampai tertidur pulak.
Pencemaran Udara
Pencemaran udara memang risiko yang perlu dihadapi oleh penduduk bandar. Selain tidak baik untuk kesihatan, pencemaran udara juga boleh mempengaruhi kecantikan kulitmu. Jangan sampai kulit kamu kusam disebabkan pencemaran udara.
Untuk mengatasi masalah ini, gunakan lotion yang bukan saja melembap tapi juga mempunyai sunscreen untuk melindungi kulitmu dari sinaran UV, agar kulit tetap sihat.
Sebenarnya tahap tekanan dengan kehidupan di bandar masih boleh dikawal. Kurang stress, kurang masalah kesihatan. Kalau tidak tinggal di bandar, jangan lupa share dengan rakan yang tinggal di bandar.
Comments