Termimpi Jejaka Misteri yang Sweet, Adakah Dia Bakal Jodohmu?
- rijjsecret
- Feb 7, 2018
- 1 min read

Ramai yang berpendapat mimpi hanya mainan tidur. Menurut pakar, mimpi juga mempunyai hubungan dengan kehidupan, berkaitan dengan situasi peribadi masing-masing. Ini adalah maksud disebalik bermimpi jejaka yang tidak dikenali.
Pernah tak kamu bermimpi akan seseorang jejaka yang kami tidak kenal? Jejaka yang baik, gentleman dan membuatkanmu tertarik? Apakah maksud mimpi ini? Jom baca lebih lanjut.
Belum bertemu pasangan hidup
Salah satu sebab utama mengapa kamu termimpi jejaka baik hati yang tidak dikenali adalah kerana kamu masih single, hatimu sedang kesepian. Disebabkan itu, fikiran bawah sedar kamu mula menghasilkan seseorang yang tidak kamu kenali untuk mengisi kesepian kamu.
Ingin berjumpa dengan lelaki lain
Untuk wanita yang telah mempunyai pasangan tetapi masih bermimpi berjumpa jejaka baik hati yang tidak dikenali, bukan bererti kamu ingin curang. Jejaka baik hati yang tidak dikenali ini sebenarnya adalah harapan yang kamu inginkan dalam hubungan kamu, contohnya mungkin kamu kurang mendapat perhatian daripada pasangan kamu.
Jika kamu telah menjalani hubungan cinta yang agak lama, munculnya jejaka baik hati yang tidak dikenali adalah sebab kamu sedang bosan dengan hubungan yang sudah bertahun-tahun.
Adakah jejaka baik hati ini akan jadi jodohku?
Ramai yang beranggapan dia akan bertemu jodoh dari masa depan dalam mimpinya. Percayalah bahawa semua itu mitos semata-mata. Fikiran bawah sedar kamu menghasilkan bermacam-macam jenis karakter sesuai dengan jejaka idaman kamu. Sebab itulah ramai yang merasa mereka telah berjumpa jejaka dalam mimpi mereka.
Ok guys, sekian saja, kalau kamu yang sudah ada pasangan tapi masih bermimpi jejaka misteri ini, baik kamu check balik adakah kamu sedang megalami masalah dengan pasangan kamu. Bawalah berbincang. Jangan lupa share.
Comments