5 Kebaikan Castor Oil
- rijjsecret
- Feb 1, 2018
- 1 min read

Castor oil merupakan minyak hasil pengekstrakan biji castor. Castor oil sangat kaya dengan anti-oksida dan mampu merawat pelbagai masalah kulit dan rambut. Ini adalah 5 kebaikan castor oil.
Mencegah rambut rosak
Castor oil mengandungi Ricinoleic acid yang mampu melancarkan peredaran darah pada kulit kepala. Dengan peredaran darah yang baik, folikel serta akar rambut akan menjadi sihat. Tuangkan castor oil pada rambut dan ratakan. Biarkan selama 15 hingga 20minit.
Mencegah jerawat
Kalau anda sedang mencari bahan semulajadi untuk merawat jerawat, bolehlah cuba castor oil. Castor oil boleh meresap ke dalam kulit untuk menghapuskan jerawat dari akarnya. Caranya adalah dengan menyapu castor oil terus ke bahagian berjerawat. Perlu diingatkan agar tidak menggunakan castor oil yang berlebihan agar tidak berlaku penyumbatan liang roma.
Mengurangkan pigmentasi
Selain boleh merawat jerawat, castor oil juga boleh menyamarkan pigmentasi kerana castor oil mengandungi asid lemak Omega3. Sapukan castor oil pada wajah, lakukan urutan selama 10minit, kemudian basuh muka seperti biasa.
Melawan tanda penuaan
Wajah mula menunjukkan garis-garis halus? Gunakanlah castor oil. Castor oil mampu merangsang penghasilan kolagen. Dengan adanya kolagen, garis-garis halus akan dapat dikurangkan. Caranya adalah dengan menyapu castor oil terus ke bahagian yang mempunyai garis-garis halus dan biarkan semalaman.
Mempercepatkan pertumbuhan rambut
Kandungan Omega3 dan 9 pada castor oil dapat meresap ke dalam akar rambut dan mempercepatkan pertumbuhan rambut. Bukan setakat rambut sahaja, castor oil juga boleh digunakan pada kening dan buluh mata.
Sekian saja manfaat castor oil. Jangan lupa share agar dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai orang.
Comments