5 Sebab Mengapa Hidupmu Membosankan
- rijjsecret
- Jan 27, 2018
- 1 min read

Menjalani hari-hari yang sama membuatkan seseorang berfikir kenapa hidup ini begitu membosankan. Kalau anda juga terfikir benda yang sama, ini puncanya. Jom baca lebih lanjut.
Terkurung pada satu tempat
Anda berada pada satu tempat untuk suatu masa yang panjang menjalankan rutin yang sama setiap hari membuatkan anda hilang minat dengan apa jua disekitarmu dan sekaligus merasa hidup ini begitu membosankan.
Tidak ada hala tuju
Setiap orang pasti ada azam untuk mengubah hidupnya, tapi anda kekurangan azam itu. Anda tidak mempunyai cita-cita atau perancangan untuk anda capai. Ini membuatkan anda tergapai-gapai dan merasa hidup ini bosan dan tiada erti.
Takut gagal
Takut akan kegagalan membuatkan anda takut untuk mencuba benda baru. Ini membuatkan anda tidak ini melakukan sebarang perubahan dalam hidup anda. Tanpa perubahan, anda menjalani kehidupan yang sama setiap hari membuatkan anda berasa hidup ini membosankan.
Berhenti melalukan sesuatu yang anda suka
Mungkin dulu anda ada hobi atau sesuatu yang anda gemar lakukan. Tetapi disebabkan kesibukan di tempat kerja, menyebabkan anda tidak punya masa lagi membuat apa yang anda suka. Sehingga akhirnya anda berasa semuanya sangat memenatkan kerana anda tidak melakukan hal-hal yang anda suka.
Tidak bersosial
Bersosial disini bukanlah bersosial di laman maya. Anda tidak bergaul dengan orang disekitar anda. Anda lebih pilih untuk duduk berkurung dalam bilik. Anda begitu terpencil dari orang disekitarmu, begitu asyik dengan duniamu sendiri memnyebabkan anda berasa hidup ini begitu membosankan.
Sekarang anda sudah tahu mengapa hidupmu begitu membosankan, lakukanlah sesuatu luar biasa hari ini. Pergilah travel, tinggalkan pekerjaanmu sekejab, tinggalkan gadjetmu sekejab, bersosialah dengan dunia luar, pasti anda akan nampak betapa indahnya hidup ini.
Comments