Manfaat Salicylic Acid Kepada Kulit
- rijjsecret
- Jan 23, 2018
- 1 min read

Asid salisilik merupakan sejenis ubat karatolitik. Asid salisilik effektif membersihkan kulit kerana mampu menembusi lapisan kulit. Ini manfaat sekiranya kamu gunakan asid salisilik. Jom baca lebih lanjut.
Ubat Jerawat
Salah satu kebaikan asid salisilik yang telah diketahui umum ialah sebagai ubat jerawat. Kandung anti-inflamasi pada asid salisilik juga dapat meredakan radang jerawat pada awal kemunculan.
Mencerahkan kulit
Selain berkesan menghapus jerawat, asid salisilik juga dapat menyingkirkan kulit mati. Jika digunakan secara konsisten, kulit yang kusam akan kembali cerah.
Merawat kelimumur
Mungkin tidak ramai yang menegtahui manfaat asid salisilik yang ini. Fungsi asid salisilik yang boleh menyingkirkan kulit mati menyebabkan ia berkesan untuk merawat masalah kelimumur.
Asid salisilik memang mempunyai banyak kebaikan namun ia juga boleh membuatkan kulit kering. Pastikan kamu guna pelembap.
Comments