Ubati Jerawat Dengan Meminum Teh
- rijjsecret
- Jan 17, 2018
- 1 min read

Masalah jerawat memang tidak pantai habis. Adakah anda sering mengalami pertumbuhan jerawat? Mungkin sudah tiba saat untuk anda mencuba mengubat jerawat dari dalam dengan meminum teh yang kaya anti-oksidan.
Apakah teh yang mampu merawat jerawat dari dalam? Jom baca lebih lanjut.
Teh Hijau
Kelebihan teh hijau bukan lagi suatu yang asing tetapi tidak ramai yang tahu teh hijau boleh hilangkan jerawat. Ini telah terbukti melalui kajian yang dijalankan oleh Universiti di Taiwan, National Yang Ming University. Teh hijau boleh merawat jerawat kerana mempunyai anti-oksidan yang tinggi.
Teh Hibiscus
Teh Hibiscus mampu mengurangkan stress. Ini menyebabkan penghasilan sebum akan kurang dan seterusnya pertumbuhan jerawat akan terkawal. Selain itu, teh Hibiscus mampu melembapkan kulit.
Teh Semanggi Merah
Semanggih merah kaya dengan vitamin C, kalium, kalsium dan magnesium. ini akan dapat membersih salur darah dan membersihkan racun dari hati yang menyebabkan jerawat.
Teh Spearmint
Spearmint mampu menurunkan kadar hormon androgen yang merupakan salah satu faktor pertumbuhan jerawat. Selain itu, spearmint juga mampu menghalang pembentukan parut jerawat.
Sekian sahaja teh yang mampu menghilangkan jerawat dari dalam. Semoga bermanfaat.
Comments