Pembersih Intim Mampu Hilangkan Jerawat : Fakta atau Auta?
- rijjsecret
- Jan 16, 2018
- 1 min read

Demi kecantikan, wanita sanggup melakukan hal di luar jangkaan, contohnya sanggup dicucuk-cucuk jarum demi kulit cerah dan tegang. Mungkin korang sudah pernah dengar trend terbaru iaitu mencuci muka guna pembersih intim wanita. Trend ini di mulakan oleh seorang Youtuber Malaysia yang memuat naik video cara dia menghilangkan jerawat. Kaedah ini juga turut disokong oleh beberapa blog.
Tapi betulkan kaedah ini berkesan atau setakat auta yang viral.
Fungsi utama pencuci miss V adalah untuk menghilangkan bau yang disebabkan oleh kulat dan kuman. Ini bermaksud pencuci miss V ada agen pembunuh kuman dan ini menyebabkan ia boleh mengurangkan jerawat.
Kesan sampingan menggunakan pembersih miss V di muka
Kebanyakan wanita yang mencuba trend ini percaya bahawa pembersih miss V ini adalah diformulasikan untuk kulit sensitif maka tiada masalah kalau di gunakan pada wajah. Padahal ini sebenarnya salah kerana miss V lebih berasid berbanding muka. Maka penggunaan pembersih miss V pada muka akan mengganggu pH muka menyebabkan muka lebih kering.
Jadi ladies, gunalah pencuci yang betul dan jangan terburu-buru untuk try trend baru, selidik dulu.
Comments