5 Alasan Kenapa Lelaki Masih Terus Curang
- rijjsecret
- Jan 12, 2018
- 1 min read

Curang adalah racun yang paling bahaya dalam sesebuah hubungan. Kerana curang akan menghancurkan komitmen dan kepercayaan bertahun-tahun dalam sekelip mata. Paling teruk bila pasangan korang sudah terbongkar curang tapi masih lagi terus curang.
Kenapa masih terus curang padahal sudah terbongkar? Ini sebabnya, jom baca lebih lajut.
Memang tahu malu
Masa pertama kali terbongkar kedapatan curang, dia masih tidak serik. Lebih tepat, dia sebenarnya tidak merasa malu langsung. Sebab itu dia akan tetap kekal curang. Mungkinkah urat malunya sudah terputus?
Hubungan hanya suatu permainan
Bersikap keanak-anakkan. Tidak pernah berfikir panjang tentang akibat yang akan terjadi disaat di curang. Dia beranggapan perhubungan hanya suatu permainan dan akan meninggalkan permainannya selepas dia telah memenangi permainan tersebut.
Kurang percaya diri
Dapat menakluki hati seseorang wanita membuatkan dia rasa lebih confident. Apabila diterima oleh wanita, dia akan rasa lebih dihargai. Selagi dia belum boleh menguruskan emosinya, dia akan berterusan mencari sasaran baru.
Takut Komitmen
Baginya komitmen adalah suatu beban yang berat. Disebabkan ini, dia memilih cara mudah, curang. Ketika kecurangan menuntut komitmen, dia akan mencari wanita yang baru, berterusan. Begitulah cara dia menghindarkan komitmen.
Tak sedar diri
Sebelum ada perkara yang membuatnya betul-betul menderita, dia akan terus curang. Semasa dalam perhubungan, dia selalu merasa ada sesuatu yang kurang. Dengan siapa pun dia menjalinkan hubungan, dia tetap tidak akan puas.
Sekian saja punca-punca kenapa seseorang lelaki tak henti-henti curang. Jangan lupa share ladies, supaya dapat dimanfaatkan oleh orang lain.

Comments