Kenapa Masih Tak Bertemu Jodoh
- rijjsecret
- Dec 29, 2017
- 1 min read

“Kenapa belum berjumpa jodoh?”
“Well, sebab belum masanya.”
Kalau begitulah jawapan korang, sampai bila pun korang takkan tahu bilakah masa yang tepat untuk berjumpa jodoh. Lebih-lebih lagi sekarang sudah hujung tahun, tinggal sehari lagi sudah masuk tahun baru.
Pernah tak korang terfikir kenapa masih belum berjumpa jodoh? Ini mungkin sebabnya, jom baca lebih lanjut.
Sibuk
Di usia 20an, begitu banyak benda yang korang nak buat, nak capai. Sesetengah hal lebih penting untuk dicapai pada usia ini berbanding dengan berumahtangga, kerjaya contohnya. Jadi waktu dan tenaga korang akan lebih kearah kerjaya.
Pengalaman lalu
Tahun ini korang masih bergelut dengan semua kenangan dan pengalaman buruk yang pernah korang lalui. Hati korang masih tidak boleh terima orang baru. Sehingga buatkan korang hilang fokus untuk menemukan jodoh dan buka lembaran baru.
Lebih suka single
Mungkin korang sudah jumpa ramai jejaka tahun ini tapi masih belum ada yang betul-betul buatkan korang gila bayang. Daripada menjalinkan hubungan dengan orang salah, korang memilih bahagia single untuk sementara waktu.
Jangan risau guys, kalau tahun ini masih belum berjumpa jodoh, mungkin tahun depan korang jumpa orang yang terus ajak kahwin. Love will find its way to you, percayalah😉
Comments