Tips Untuk Kurangkan Jerawat Secara SEMULAJADI
- rijjsecret
- Dec 27, 2017
- 2 min read

Sebut saja jerawat, semua orang tahu. Budak kecil pun tahu apa itu jerawat. Tetapi bila ditanya macam mana boleh ada jerawat, tidak ramai yang boleh jawab.
Tepukkan untuk korang kalau sudah tahu jenis-jenis jerawat. Yang masih belum tahu, ini ialah jenis-jenis jerawat :
Blackhead
Bintik hitam yang menyumbat liang roma
Whitehead
Lebih kurang macam blackhead tetapi berwarna putih
Papules
Benjolan lembut yang berwarna kemerah-merahan
Pustules
Benjolan berwarna kemerahan disekeliling dan putih pada bahagian tengah
Nodules
Jenis jerawat kronik. Tidak timbul pada permukaan tetapi kulit terasa keras bila disentuh

Ada bermacam-macam faktor penyumbang berlakunya jerawat tetapi punca yang paling utama dan paling banyak berlaku adalah liang roma yang tersumbat dengan sebum.
Sebum atau minyak dihasilkan oleh kelenjar minyak yang terdapat pada bawah kulit untuk menjaga kelembapan kulit. Penghasilan sebum yang berlebihan inilah akan menyebabkan jerawat.
Ini ialah 5 tips untuk kurangkan jerawat TANPA ubat-ubatan
#1 Cuci Muka 2 Kali Sehari

Jangan cuci lebih dari 2 kali sehari. Kalau cuci lebih dari 2 kali, muka akan jadi kering. Korang mungkin tidak sedar muka korang kering, tetapi tubuh sangat peka walaupun hanya pada perubahan kecil.
Kelenjar minyak akan mengeluarkan lebih banyak minyak untuk melembapkan kulit, ini akan membuatkan muka lebih berminyak. Minyak yang berlebihan akan menyumbat liang roma dan menyebabkan jerawat.
#2 Tidak Cuci Rambut

Kadang-kadang kita terlupa untuk cuci rambut. Tanpa sedar rambut sudah jadi berminyak dan melekit. Rambut yang berminyak dan terkena pada muka akan menambahkan lagi minyak sedia ada pada muka. Lebih banyak minyak, lebih banyak jerawat.
#3 Stress

Stress bukan saja boleh merangsang penghasilan lebih banyak sebum, stress juga boleh buatkan seseorang melakukan sesuatu di luar jangkaan. Dalam kes jerawat, orang yang stress akan memicit jerawat.
Tindakan memicit jerawat ini akan menyebabkan jangkitan pada jerawat masuk lebih jauh ke dalam kulit dan akan meninggalkan parut jerawat yang mengambil masa lebih lama untuk sembuh.
#4 Ubat Gigi untuk Keringkan Jerawat

Guna ubat gigi untuk kecutkan jerawat, ini ialah petua yang paling sering didengar. Tipulah kalau korang tidak pernah try.
Ubat gigi memang boleh kecutkan jerawat tapi fluorida dalam ubat gigi boleh menyebabkan jerawat menjadi lebih teruk. Diulang sekali lagi, jangan guna ubat gigi untuk kecutkan jerawat.
#5 Scrub Muka

Scrub muka supaya kononnya liang roma tidak tersumbat dengan kulit mati. Ini adalah betul tapi hanya pada muka tiada jerawat.
Bagi orang yang muka berjerawat, scrub muka hanya akan memburukkan lagi keadaan kerana biji-biji scrub akan melukakan kulit. Kuman akan lebih senang untuk memasuki kulit yang terluka. Menyebabkan jerawat lebih bengkak dan bernanah.
Terima kasih sebab baca 'Tips untuk Kurangkan Jerawat Secara Semulajadi' sampai habis. Kami doakan agar masalah jerawat korang cepat sembuh.
p/s : Jangan lupa share artikel ini kalau korang rasa ia berguna, supaya dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai orang. Tolong-menolongkan amalan mulia😌
Sekian,
Rijj Secret
Pakar Menghilangkan Jerawat Secara Semulajadi
Comments