"Jangan Salah Bini Sudahlah"
- rijjsecret
- Dec 15, 2017
- 1 min read

Kita selalu akan terkeliru dengan adik-beradik yang kembar, lebih-lebih lagi kalau kembar seiras. Belum lagi kalau kembar seiras berkahwin dengan kembar seiras, macam dalam wayang pulak kan.
Baru-baru ini, sepasang kembar seiras, Zheng Dashuang dan Zheng Xiaoshuang, 26 tahun berkahwin dengan juga kembar seiras, Liang Jing and Liang Qing, 23 tahun dalam majlis perkahwinan yang mewah.
Bukan saja setakat kembar seiras, malah kedua-dua pasang pengantin ini juga memakai baju yang sama. Pengantin perempuan pun menggunakan lipstik yang sama, membuatkan tetamu makin keliru.

Kisah cinta si kembar ini bermula sejak 10 tahun lalu, semasa keluarga masing-masing mula berkawan. Kebetulan juga ibu kedua-dua kembar ini merancang untuk menjodohkan anak mereka.

Kebanyakan netizen mendoakan pasangan ini agar bahagia ke anak cucu. Tapi ada juga netizen yang menasihatkan agar pengantin lelaki tidak tersalah isteri di malam pertama 😆

Comments