top of page
My Pick:
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Search By Tag:
Stay In The Know:

Hati-hati, Gerakan Ini Boleh Buatkan Muka Berkedut

  • Dec 12, 2017
  • 1 min read

Semakin bertambah usia, semakin bertambah kedutan di wajah. Proses yang tidak boleh dihindari tapi boleh dilambatkan. Macam mana? Jom baca lebih lanjut cara untuk lambatkan proses kedutan.


Mengerutkan Dahi

Salah satu ekspresi wajah yang paling umum boleh kedutan wajah. Selalunya ekspresi ini kita buat tanpa kita sadari. Apabila korang mengerutkan dahi, otot dahi menjadi semakin besar, lama-kelamaan, kerutan menjadi lebih dalam dan bersifat kekal.


Menyepetkan mata

Ini biasa dilakukan oleh orang yang ada masalah penglihatan tanpa mereka sedari. Tabiat ini akan menimbulkan kedutan pada hujung mata yang biasa disebut sebagai crow’s feet. Cahaya silau juga boleh buatkan korang sepetkan mata, jadi gunalah sunglasses di bawah matahari terik.


Merokok

Merokok memang sudah terkenal dengan keburukkannya, tapi tidak ramai yang tahu merokok boleh buatkan muka berkedut. Bentuk bibir semasa merokok atau bersiul boleh buatkan muncul kedutan disekitar bibir dan pipi.


Menaikkan Kening

Yup betul, menaikkan kening boleh buatkan muka berkedut. Di saat korang naikkan kening, otot dahi ajan menarik kulit ke atas. Akibatnya muncul garis-garis halus pada dahi.


Sekian saja tabiat yang boleh buatkan wajah berkedut. Sama ada korang kurangkan tabiat ini atau gunakan skincare yang ada anti-penuaan.


 
 
 

Comments


© 2023 by The Beauty Room. Proudly created with Wix.com

bottom of page