top of page
My Pick:
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Search By Tag:
Stay In The Know:

Wanita Dilarikan Penculik Selepas Berpura-pura Ingin Menghantar Barang

  • rijjsecret
  • Dec 11, 2017
  • 1 min read

​Sekarang ni, kes culik bukan lagia suatu yang luar biasa. Kes culik boleh berlaku dimana-masa dan bila-bila masa je.


Disember 08, jam lebih kurang 9.40pagi, seorang ibu kepada 2 anak, S. Jothimani, 49 tahun, diculik oleh tiga orang lelaki betul-betul dihadapan tempat kerjanya, Kampung Jawa, Shah Alam.

S. Jothimani, bekerja sebagai penyelia kilang, menerima panggilan telofon. Menurutnya, pemanggil memintanya untuk keluar dan mengambil barang yang kononnya dibeli malalui atas talian.

Melalui kamera litar tertutup, kelihatan S. Jothimani dilarikan oleh tiga orang lelaki yang menaiki kereta Mercedes putih dengan nombor pendaftaran KEE46.

S. Sathya, adik kepada mangsa mendakwa, dia diberitahu oleh polis bahawa kereta Mercedes putih tersebut telah dilaporkan hilang seminggu lepas di Subang Jaya. Tambahnya lagi, ahli keluarnya juga tidak mengenali lelaki yang melarikan kakaknya.

Menurut The Star, mangsa berjaya ditemui pada hari yang sama di lokasi yang sama, lebih kurang jam 10.30 malam dengan beberapa kecederaan dan kini sedang dirawat di hospital.


Anak mangsa, Arri Thevan memberitahu penculik memukul ibunya kerana baru sedar yang tiada beg tangan yang dibawa oleh mangsa pada masa itu.


Mangsa tidak mengenali dan mengecap penculiknya kerana matanya ditutup sebaik sahaja memasuki kereta. Barang kemas dan telefon bimbit mangsa turut diambil oleh penculik.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, mengesahkan menerima laporan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik.


 
 
 

コメント


© 2023 by The Beauty Room. Proudly created with Wix.com

bottom of page