Lakukan 30 Pembedahan Plastik Untuk Puaskan Hati BF
- rijjsecret
- Dec 8, 2017
- 1 min read

Dari hari ke hari, pembedahan plastik sudah jadi perkara biasa, macam trend pun ada. Cara mencantikan yang paling pantas.

Baru-baru ni, Berry Ng, 22 tahun, gadis dari Hong Kong menasihatkan agar orang ramai tidak melakukan pembedahan plastik kalau tidak betul-betul perlu.
Berry mengaku sangat menyesal sebab dah buat pembedahan plastik selama ni. Berry bukan saja melakukan 1 atau 2 pembedahan tapi 30 pembedahan plastik.

Pembedahan plastik pertama Berry pada umur 17 tahun. Masa tu salun kecantikan berhampiran tempat Berry lakukan promosi khas untuk pelajar. Berry pun tertarik untuk melakukan pembedahan plastik dengan harga lebih kurang RM418. Tapi pemilik salun berjaya memujuk Berry untuk melakukan pembedahan yang lebih mahal iaitu lebih kurang RM8893.
Sejak itu, Berry mula ketagih untuk melakukan pembedahan plastik dan ketagihan ini makin memuncak pada umur Berry 21 tahun. Walaupun dah cantik, Berry masih kurang keyakinan terhadap dirinya, ditambah lagi dengan BF Berry yang menyatakan Berry langsung tidak cantik.
Ini membuatkan Berry semakin rancak membuat pembedahan plastik. Berry mengubah hampir keseluruhan wajahnya, dari hidung, bibir, mata, pipi termasuklah payudara. Menurut Berry, dia meneruskan pembedahan plastik kerana Bfnya tidak menghalangnya langsung.

Ketagihan Berry terhenti apabila ibunya menangis melihat Berry yang terseksa semasa di fasa pemulihan luka pembedahan. Hati Berry luluh dan berjanji tidak akan melakukan pembedahan plastik lagi.
Berry mengatakan lagi bahawa dia lebih suka wajahnya sebelum pembedahan plastik tapi dia sudah tidak ingin melakan pembedahan plastik lagi untuk mendapatkan wajah lamanya. Berry kini sedang cuba untuk menerima dirinya.
Comments