Nyaris Dirogol Pekerja Hotel : Wanita Kongsi Pengalaman Ngeri
- rijjsecret
- Dec 4, 2017
- 2 min read

Langkawi – pengalaman bercuti yang sepatutnya gembira bertukar ngeri dan menakutkan apabila seorang wanita hampir dirogol oleh pekerja resort tempat dia menginap.
Berdasarkan status FB mangsa, Chen Harn Yan, kejadian berlaku pada 29 November lepas, lebih kurang jam 7.20pagi. Pada hari ke-2 menginap di resort tersebut, Chen telah bersiap-siap untuk berjogging mendapati ada kelibat manusia dalam biliknya.
Selepas bertanya “Siapa tu?”, dengan tiba-tiba seorang lelaki tidak berbaju menunjukkan diri. Dengan kasarnya menolak Chen ke katil.
“Kau nak apa? Nak Duit ke?” Tapi jawapan lelaki itu sangat mengejutkan Chen. “Saya nak awak”.
Chen yang ketakutan mula bergelut untuk melepaskan diri dan berjaya menumbuk hidung lelaki itu, menyebabkan hidungnya berdarah. Lelaki itu kemudiannya menolak Chen ke dalam bilik mandi sebelum melarikan diri.


Chen kemudiannnya menelefon pihak reception bantuan. Pihak resort kemudiannya menghantar kereta buggy yang dipandu oleh seakan-akan lelaki yang cuba untuk merogol Chen.
Pada jam 8.30pagi, Chen mengemas barangnya dan checked out. Chen kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Kuala Teriang lebih kuarang jam 10pagi dengan membawa bersama cadar yang terdapat tompokan darah penyerangnya.

Suspek telah ditangkap pada jam 4.15petang pada hari yang sama, pemandu kereta buggy yang dihantar oleh pihak reception resort untuk menjemput Chen ke lobi.
Suspek berumur 17 tahun, mengaku motif untuk merompak Chen tapi terkejut sebab Chen telah bangun. Suspek mengambil master key daripada housekeeping dan menanggalkan baju sebab tak di cam sebagai pekerja resort. Suspek walaubagaimanapun tidak mengaku cuba untuk merogol Chen.
Suspek disiasat di bawah Sesyen 354 (Gangguan Seksual dan Sesyen 448 (Ceroboh). Tuduhan cubaan merogol tidak dapat dikenakan kerana tidak cukup bukti.

Chen meninggalkan Langkawi pada jam 6petang. Chen turut menyatakan ketidakpuasan hatinya dalam status Fbnya terhadap pengurusan resort yang bukan saja tidak membantu malah berkeras untuk Chen membayar kos penginapan untuk hari pertamanya di resort.
Nasib baik Chen selamat. Hati-hati ladies terutama yang melancong bersendirian.
Comments