Mangsa 'Lompat Kereta' Lepas Pemandu Tunjuk Kemaluan
- rijjsecret
- Nov 27, 2017
- 1 min read

Kes pencabulan yang melibatkan Grab dan Uber makin menjadi-jadi, tak kira siang atau malam. Terbaru, kes pencabulan seorang wanita di Petaling Jaya sekitar jam 7.45pagi. Menurut China Press, kejadian berlaku pada 23 November lepas.
Wanita yang berumur 23 tahun itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Jalan Sungai Besi ke Taman Jaya. Disebabkan tiada pemandu lain yang terima tempahannya, wanita tersebut terpaksa menaiki kereta pemandu Uber yang hanya 4.47 rating.
“Tempat duduk belakang kereta penuh dengan barang, jadi saya terpaksa duduk depan” kata wanita tersebut ketika dihubungi pihak akhbar.
Ketika wanita itu sedang menjawab telepon, dia ternampak pemandu membuka zip seluar dan mengeluarkan kemaluannya. Wanita yang terkejut itu segera menyuruh pemandu memberhentikan kereta.
Pemandu bukan saja tidak memberhentikan kereta, malah mengunci pintu dan cuba untuk meraba mangsa.
Mangsa terselamat apabila kereta tersebut berhenti semasa lampu merah. Wanita itu segera melompang keluar dari kereta. Akibat ketakutan wanita itu tidak sempat mengambil no plat kereta itu, dia hanya ingat kereta jenis Perodua.
Atas nasihat kawannya, wanita tersebut telah membuat laporan polis kira-kira jam 12 tengah malam (25 November 2017) di Balai Polis Bandar Sunway.
Comments