top of page
My Pick:
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Search By Tag:
Stay In The Know:

Kejam! 9 Mayat Dicincang Lepas Dibunuh

  • rijjsecret
  • Nov 13, 2017
  • 1 min read

​Tokyo, Takahiro Shiraishi, 27 tahun telah membunuh seramai 9 orang. Shiraishi dipercayai telah berkenalan dan berhubung dengan semua mangsanya melalui media sosial. Selepas membunuh mangsa, Shiraishi mencincang badan mayat.

Shiraishi mengaku telah membunuh seramai 9 orang yang mana kesemua mangsa dikenali melalui laman Twitter. 9 orang mangsa ini terdiri daripada 8 wanita dan seorang lelaki.

Kesemua mangsa pernah menyatakan niat untuk membunuh diri di laman Twitter. Shiraishi kemudiannya menghubungi mangsa dan memujuk mangsa untuk datang ke apartmentnya dengan tawaran bantuan untuk mati.

Perbuatan Shiraishi terbongkar apabila polis Tokyo mula menyiasat kehilangan seorang wanita berumur 23 tahun. Selepas melaporkan kehilangan wanita tersebut, abangnya muka menyiasat sosial media adiknya dan mendapati bahawa adiknya telah meninggalkan mesej di Twitter, “Mahu mati tapi takut mati bersendirian”. Kelibat Shiraishi telah ditemui dalam CCTV, berjalan bersama wanita yang hilang.


Shiraishi dilaporkan mengaku bahawa motif pembunuhan adalah rogol dan faktor kewangan. Dia mencuri sekitar 500,000 yen dari salah seorang mangsa.


Shiraishi memberitahu polis “saya tidak boleh buang mayat macam tu saja, nanti saya kena tangkap”. Bahagian mayat kemudiannya dipotong menggunakan gergaji dan diletakkan dalam bilik mandi.

Kes pembunuhan ini dipercayai telah terjadi sejak bulan Ogos dan September lalu. Polis menemui 240 tulang manusia dari apartment Shiraishi dan disyaki masih menyimpan 1 lagi mayat serta bahagian badan termasuk 2 kepala.


 
 
 

Comments


© 2023 by The Beauty Room. Proudly created with Wix.com

bottom of page