4 Zodiak Paling Mata Duitan
- rijjsecret
- Nov 9, 2017
- 1 min read

Semua orang memang suka duit tapi 4 zodiak ni super sukakan duit sampai sanggup tinggalkan segalanya demi duit. Siapakah orang tu? Jom baca lebih lanjut.
Taurus
Kalau dibagi pilihan antara cinta dan duit, Taurus pasti akan pilih duit. Bagi Bagi Taurus duit lebih penting berbanding cinta. Mungkin betul juga kan, duit boleh beli makanan tapi cinta tak boleh buat perut kenyang.
Gemini
Bagi Gemini, cinta tu memang bagus tapi duit tu lebih bagus, amazing. Bagi Gemini, duit boleh bagi kepastian berbanding cinta. Duit boleh bagi kebahagiaan kalau disimpan untuk masa lama, cinta pulak belum tentu boleh membahagiakan.
Leo
Leo ni biasanya jenis player yang cepat bosan dan ganti-ganti pasangan, jadi kalau bagi Leo pilih antara cinta atau duit, jawapannya sudah jelas. Tapi Leo tidak bermain cinta untuk dapatkan duit, Leo lebih berpuas hati dengan duit hasil usahanya sendiri.
Sagitarius
Sagitarius bukan jenis yang tertarik dengan cinta sebab cinta buat Sagitarius penat, jadi Sagitarius akan lebih pilih duit berbanding cinta.
Demikianlah orang-orang yang sanggup korbankan cinta demi duit. Sebenarnya, diaorang ni Cuma berfikiran logik. Kalau korang plak amcam, sanggupkah korang korbankan cinta demi duit?
Comments