Perogol Pura-pura Tanya Arah
- rijjsecret
- Nov 6, 2017
- 1 min read

Dulu-dulu penjenayah selalu buat kerja masa tengah malam atau subuh-subah masa orang tengah tidur tapi sekarang penjenayah makin berani. Pada 01 Nov lepas, dilaporkan oleh Oriental Daily, seorang pelajar univeristi telah dirogol di Shah Alam pada jam lebih kurang 8.30 malam. Kejadian ini disahkan oleh timbalan pesuruhjaya polis Shah Alam, Shafien Mamat.

“Semasa kejadian, mangsa baru pulang dari pasar malam dan berjalan menuju ke perhentian bas. Mangsa kemudiannya dihampiri oleh suspek. Suspek berpura-pura bertanya arah, mangsa yang tidak menyedari niat suspek dengan baik hatinya menunjukkan kepada suspek.”
“Tanpa disedari, suspek mengacukan pisau kepada mangsa, mangsa yang ketakutan hanya menurut arahan suspek untuk menaiki kereta. Suspek membawa mangsa ke kawasan perindustriandi Seksyen 7 Shah Alam. Suspek kemudiannya merogol mangsa dalam kereta dan mengambil HP dan duit mangsa sebanyak RM100 sebelum meninggalkan mangsa di kawasan perindustrian tersebut. Laporan polis telah dibuat dan mangsa juga telah menjalani pemeriksaan fizikal di Hospital Shah Alam,” jelas Shafien.
Polis telah berjaya menahan suspek selepas membuat serbuan di apartment suspet pada jam 4.00 subuh (03 Nov). Didapati suspek, 27tahun, merupakan bekas banduan dan kini sedang bekerja sebagai pemandu Grab. Kes tersebut akan disiasat lebih lanjut dibawah Seksyen 376 (rogol) dan Seksyen 392/397 (samun).
Comments