top of page
My Pick:
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Search By Tag:
Stay In The Know:

Berkahwin dengan Hanya RM1,300

  • rijjsecret
  • Nov 3, 2017
  • 1 min read

Tak kira budaya atau agama, semua perkahwinan adalah sama, makan belanja yang mahal. Berbeza dengan pasangan ini yang bertekad untuk hanya menggunakan RM1,300 untuk majlis perkahwinan mereka.

Kebanyakan gadis di China berharap dapat berkahwin dengan pasangan yang ada rumah dan kereta. Berbeza dengan San San, gadis China yang berumur 22 tahun yang viral selepas majlis perkahwinannya dimuat naik oleh kawannya, Han, di WeChat.

San San melangsungkan majlis perkahwinannya yang super simple dan super jimat iaitu 2110yuan (lebih kurang RM1,300). Untuk majlis yang super murah ni, pasangan ini menyewa sebuah rumah dengan bayaran 1,500yuan (lebih kurang RM960). Selebihnya digunakan untuk membeli baju pengantin, sebotol wine dan sepasang cincin.

“Pasangan tersebut tak nak buat majlis yang dihadiri beratus keluarga yang mereka tak berapa rapat” jelas Han. “Lagipun pasangan ni baru memulakan karier mereka’, tambah Han lagi.

Banyak netizen yang puji tindakan tidak mengeluarkan banyak belanja untuk majlis perkahwinan, tapi tidak kurang juga yang mengkritik tindakan pasangan ini.

Korang plak amacam. Sanggupkah korang buat majlis yang ala kadar untuk upacara sekali seumur hidup ni?


 
 
 

Comments


© 2023 by The Beauty Room. Proudly created with Wix.com

bottom of page