Apa Yang Terjadi Lepas Makan Makanan Bergoreng?
- rijjsecret
- Oct 31, 2017
- 1 min read

Semua orang tahu yang makanan goreng tu tak baik untuk kesihatan, tapi tidak ramai yang tahu kenapa makanan goreng tak baik. Jom baca apa yang jadi dengan badan korang kalau korang makan makanan bergoreng.
Ayla Barmmer, seorang pakar diet melalui time.com menerangkan bahawa makanan bergoreng boleh menyebabkan kesan seperti berikut :
Mengganggu sistem pencernaan
Makanan goreng biasanya mengandungi karbohidrat dan lemak, 2 kombinasi yang melambangkan metabolisme. Sebab itu jugalah kebanyakan orang rasa mual, kembung perut dan sakit perut sebab makan terlamapau banyak makanan bergoreng
Membunuh bakteria baik
Makanan bergoreng boleh bunuh baik dalam perut. Bakteria baik ini berfungsi dalam penyerapan vitamin dan fiber. Akibatnya vitamin yang baik untuk badan tidak dapat diserap dan sembelit pun boleh berlaku.
Penyakit Jantung
Untuk jangka masa panjang, lemak dari makanan bergoreng boleh menyebabkan penyumbatan salur darah. Penyumbatan salur darah boleh menyebabkan penyakit stroke dan sakit jantung.
Jerawat
Walaupun bukan kesan utama tapi dalam banyak-banyak keburukan makanan bergoreng, ini adalah yang paling dibenci, sebab kesannya jelas.
Inilah kesan kalau makan terlamapau banyak makanan bergoreng, mungkin macam tak serius tapi sesetangah kesan tu boleh memnyebabkan kematian. Jadi masih nak makan makanan bergoreng ke?
Comments