Gara-gara Apple, Maruah Tergadai
- rijjsecret
- Oct 23, 2017
- 2 min read

Apple sangat femes dengan harga yang gila-gila punya mahal. Sehingga membuatkan netizen di China sanggup tidur dengan sesiapa saja yang belikan iPhone. OMG!
Beberapa post seperti ‘Belikan saya iPhone 8, korang boleh buat sex dengan saya selama 3 hari tanpa condom’ dan ‘belikan saya iPhone X, saya akan luangkan masa selama 3 hari bersama awak’ menjadi viral di China.

Seorang vlogger dari Beijing, Nana membuat keputusan untuk memberi gadis-gadis ini pengajaran.

Xiao Chen, seorang gadis berumur 17 tahun telah mempost bahawa dia sanggup menjual virginitynya dengan harga 20,000RMB (lebih kurang RM12,750).

Nana yang menyamar sebagai PA kepada orang kaya dan mengaturkan perjumpaan dengan Xiao Chen. Bila ditanya, Xiao Chen memberitahu bahawa dia pun inginkan iPhone 8 kerana kesemua kawannya telah membeli gadjet tersebut. “Tapi saya tak cukup duit. Saya dengan budak kat sekolah saya ada yang telah menjual dara pada harga 20,000RMB”.
“Lagipun, saya cuma perlu baring je kan? Tahan dan bersabar sikit, lepas tu dapatlah 20,000RMB, dia dapat apa yang dia nak, saya dapat apa yang saya nak. Saya dah fikir semua ni’.

Jawapan Xiao Chen ini sangat mengejutkan Nana. Tak sangka ada orang yang sanggup gadai dara semata-mata untuk iPhone 8. Nana kemudiannya mengaturkan perjumpaan Xiao Chen dengan ‘bosnya’ di sebuah hotel.

Semasa berdua-duaan dalam hotel, bos tersebut bagitahu Xiao Chen yang ada lagi orang lain akan join diaorang. Belum sempat Xiao Chen bertindak, ‘bos’ itu dah panggil 3 lagi lelaki, 2 orang tak pakai baju dan seorang lagi pegang camera.

Xiao Chen yang panik cuba untuk lari tapi ditahan, Xiao Chen hanya mampu berteriak.


Semuanya terhenti bila Nana masuk ke dalam bilik tersebut. Nana kemudiannya terus memarahi Xiao Chen, macam mana kalau senario tadi betul-betul terjadi.

Well, harap-harap bukan setakat Xiao Chen yang mendapat pengajaran tapi gadis-gadis lain yang baru terfikir nak buat benda macam Xiao Chen.
Comments