top of page
My Pick:
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Search By Tag:
Stay In The Know:

Setia Walaupun Kekasih Terbakar 1 Badan

  • rijjsecret
  • Oct 19, 2017
  • 1 min read

Cinta sejati tidak memandang rupa paras dan tidak akan berpaling arah biar apaun yang berlaku.


Inilah terjadi kepada pasang Xiao Xia dan Xiao Geng dari Hubei China. Xia adalah gadis yang sangat setia dengan kekasihnya walaupun lelaki tersebut mengalami kecederaan yang serius akibat kemalangan yang menimpanya sebulan lalu.

Hampir 90% badan Geng terbakar. selepas 12 hari koma, akhirnya Geng sedar, namun doktor mengatakan bahawa Geng akan mengalami kecacatan seumur hidupnya.


Xia, 22tahun, menerima banyak nasihat supaya meninggalkan Geng. Namun Xia mengatakan akan terus berada di sisi Geng dan akan tetap setia dengan kekasihnya walau apa pun yang terjadi.

Xia akan melawat Geng di ICU setiap hari. Melihat ini, bapa Geng menyewa sebuah bilik di hotel berdekatan hospital agar dapat memudahkan Xia.

Pemilik hotel yang mengetahui kisah cinta Xia dan Geng sangat terharu dan menyewakan bilik tersebut dengan separuh harga dan mengizikan Xia menggunakan dapur untuk memasak makanan untuk Geng.

Xia tidak pernah memasak atau melakukan kerja rumah kerana semuanya dialukan oleh Geng. tapi selepas Geng mengalami kecederaan, Xia berusaha untuk masakan Geng makanan.

“Lepas Geng sedar, saya akan ajak dia berkahwin,” ungkap Xia. Xia menambah lagi bahawa dia sangat bahagia bersama Geng dan akan terus hidup bersamanya sehingga maut memisahkan mereka.

Xia dan Geng kedua-duanya berasal dari Hubei dan telah berkawan sejak umur 15tahun. Lepas 2 tahun bekerja di Guangdong, Xia dan Geng bercadang untuk pulang ke kampung halaman dan berkahwin, malangan Geng terlibat dalam kemalangan.


Admin doakan semoga bahagia ke anak cucu.


 
 
 

Comments


© 2023 by The Beauty Room. Proudly created with Wix.com

bottom of page