Jangan Kahwin Kalaun BF Tunjuk 4 Tanda Ini
- rijjsecret
- Oct 14, 2017
- 1 min read

Banyak wanita memilih untuk bertahan dengan hubungan yang tidak sepatutnya dipertahankan. Mungkin sebab wanita itu telah banyak berkorban untuk pasangannya ataupun wanita tersebut merasa tidak akan ada lelaki lain yang mahukannya.
Agar korang tidak menyesal lepas kahwin, jom baca tanda-tanda lelaki yang korang tidak patut kahwin.
Kasar
Kasar tidak terbatas kepada tindakan memukul tapi termasuk cara bercakap dengan korang atau dengan keluarga dan kawan-kawan korang. Ketika marah, pasangan korang akan membaling barang. Marah kepada perkara-perkara remeh seperti tidak menjawab panggilan telefonnya semasa korang bekerja. Dan korang selalu takut dengan pasangan korang.
Curang
Senang cerita, tinggalkan saja. Sebab pasangan yang pernah curang berisiko besar akan mengulangi perbuatannya itu. Lagipun ladies, mengkhianati kepercayaan itu bukan satu hal kecil dan tidak patut dibiarkan.
Tidak Pasti
Sudah bersama selama 1 tahun tapi dia masih belum menganggap korang sebahagian darinya. Hubungan korang masih samar-samar. Tidak mengganggap korang kekasih tapi sentiasa mahu korang berada di sisinya. Please move on je ladies, tak payah fikir panjang.
Ketagih
Tidak semestinya ketagihan dadah, tapi ketagih alcohol, judi malahan game. Ini kerana korang bukan priority kepadanya. Orang yang addict akan melalukan apa saja dan ini tidak baik untuk hubungan korang.
Apa-apa pun ladies, kenali dulu pasangan korang sebaik-baiknya sebelum korang setuju untuk berkahwin dengannya atau menghabiskan masa muda korang bersamanya.
Comments